pertama sekali bersyukur kt kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat mengharungi bulan ramadhan dengan kejayaan. kini tiba la masanya untuk kita semua meraikan segala usaha yang kita lakukan di bulan ramadhan iaitu menyambut hari raya aidilfitri. tapi kita seharusnya beringat, sambut la syawal dengan penuh kesyukuran dan bersederhana kerana masih ada insan lain di luar sana yang menyambut syawal dengan penuh kesyahduhan dan kesedihan. jika kita ada kelebihan bantulah mereka agar dapat mengurangkan bebanan mereka. agar mereka dapat menyambut syawal ini dengan penuh makna. sempena hari raya ini saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali saya, maaf zahir dan batin. semoga apa pun yang kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T
insyaAllah..................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment